• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pelajar Pulang Minum Selamatkan Pondok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tindakan seorang pelajar yang meminta izin guru untuk pulang ke pondoknya ketika mengikuti kuliah di masjid di perkarangan Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai di sini, malam tadi berjaya menyelamatkan 23 pondok daripada terbakar walaupun tujuh lagi hangus dijilat api.

Mudir pondok, Irfan Abdul Hamid, 47, berkata ketika kejadian pada pukul 9.30 malam itu, pengurusan pondok sedang menjalankan kuliah di masjid berkenaan sementara menunggu solat isyak berjemaah bersama kira-kira 150 pelajar.

“Bagaimanapun, seorang pelajar meminta izin pulang ke pondoknya kerana dahaga. Tidak lama kemudian pelajar berkenaan kembali dalam keadaan tergesa-gesa dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.

“Saya kemudian mengarahkan semua pelajar bergotong-royong memadam api dan pada masa sama, turut menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui pemberita di pondok berkenaan, di sini hari ini.

Sebanyak tujuh daripada 30 pondok di situ musnah dalam kebakaran itu dan kerugian dianggarkan sebanyak RM61,000.

Irfan berkata berikutan kejadian itu, sebilangan pelajar yang pondok kediaman mereka musnah, ditempatkan di beberapa kelas pengajian buat sementara waktu.

Beliau turut merayu sumbangan bagi membolehkan pihaknya membina semula pondok yang musnah itu dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd