• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Bergantung Kepada Keputusan Bedah Siasat

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital, sebelum mengambil apa-apa tindakan berhubung kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata segala bentuk tindakan yang akan diambil bergantung kepada keputusan bedah siasat.

“Kalau kita bertindak dahulu, alih-alih laporan bedah siasat tidak menyokong tindakan kita itu, tidak boleh juga…kena tepat dua-dua,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Program e-Learning Johor anjuran Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri setakat ini berhubung kes Mohamad Thaqif Amin yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini.

Semasa dirawat, Mohamad Thaqif Amin dipotong kedua-dua kaki akibat dijangkiti kuman selepas didakwa dipukul pembantu warden asrama sebuah madrasah tahfiz.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur tengah malam tadi. Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk memantau madrasah-madrasah tahfiz swasta berikutan kes itu, Mohamed Khaled berkata: “Saya percaya apa yang berlaku boleh menjadi iktibar, tidak perlulah untuk kerajaan negeri memberi arahan, sama macam Jabatan Pendidikan dari segi mengambil tindakan disiplin dan sebagainya.

“Biar dia (jabatan berkaitan) maklumkan kepada pihak sekolah, tidaklah sampai hendak menghantar orang (untuk memantau),” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan bahawa kerajaan negeri ada mewujudkan Bantuan Rakyat 1 Johor (BR1J) yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

“Tidak betul… kalau ada apa-apa, saya akan beritahu media perdana. Itu yang sahih,” katanya.

Berkenaan program itu, Mohamed Khaled berkata ia adalah sebuah konsep pendidikan masa depan yang mula menjadi fenomena dunia.

Menurutnya, ia mendapat perhatian kerana menawarkan ruang pendidikan yang lebih bersifat peribadi, berdasarkan ilmu yang disusun mengikut ruang keselesaan dan tahap kesediaan seseorang individu.

“Sebagai sebuah negeri yang menjadikan pemikiran berkemajuan sebagai asas,segala tindakan, maka adalah penting untuk kita mula membuat persiapan ke arah gelombang baharu pendidikan ini dan saya percaya program ini adalah langkah permulaan yang sangat baik dan positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinMohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tutup Asrama Tahfiz, Anak Yatim Tidak Berdaftar

Next Post

Lelaki Sakit Mental Culik, Kurung Jiran Dalam Lubang

Related Posts

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

29/11/2023
0

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah...

Next Post

Lelaki Sakit Mental Culik, Kurung Jiran Dalam Lubang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd