• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kali Kedai Emas Disamun Dalam 20 Tahun

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG sungguh nasib pemilik sebuah kedai emas di Jalan Tun Abd Aziz, Kajang, Selangor apabila premisnya disamun untuk kali ketiga petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, empat suspek memakai topi keledar penuh menyamun kedai emas berkenaan dengan hanya bersenjatakan objek menyerupai pistol.

Susulan insiden berkenaan, pemilik kedai emas tersebut kerugian kira-kira RM100,000 selepas suspek berjaya membawa lari pelbagai barangan kemas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang berhubung kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian, terdapat cuma dua pekerja warga India bersama-sama dengan dua pelanggan berada dalam premis berkenaan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat empat suspek memakai topi keledar penuh menyamun kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan objek menyerupai pistol,” katanya.

Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak forensik turut menemui 10 kesan cap jari di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit dalam kes samun itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian samun di premis tersebut pernah berlaku pada 2005 dan sekali lagi awal tahun 2015 sejak premis itu mula beroperasi sekitar 1997.

“Polis sedang meneliti 10 kamera litar tertutup di dalam dan luar premis berkenaan.

“Pemerikaan mendapati premis tersebut tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial apabila rakaman CCTV memaparkan empat suspek masuk ke dalam dan memecahkan kotak yang menempatkan barang kemas.

Seorang daripada suspek dilihat berkawal di hadapan kedai dengan memegang senjata menyerupai pistol sementara tiga rakannya lain mengambil barang kemas tersebut.

Menerusi rakaman tersebut terdapat dua pelanggan yang berada di dalam premis namun tiada kecederaan dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dirompakkedai emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

18/06/2024
0

Kajang : Pemilik kedai emas yang dirompak empat 'pengawal keselamatan' bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd