• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

oleh AK-47
18/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Kajang : Pemilik kedai emas yang dirompak empat ‘pengawal keselamatan’ bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian lebih RM3.2 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas.

“Berdasarkan laporan dan siasatan dijalankan mendapati kerugian dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.

“Sehingga kini tujuh saksi sudah diambil keterangan dan akan ada beberapa orang saksi lagi akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, empat lelaki berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak kedai emas di sebuah pusat beli belah di sini, pada jam 3.17 petang.

Mohamad Nasir dilaporkan berkata, kesemua suspek memakai topeng dan bersarung tangan gelap masuk ke premis di tingkat satu dan terus memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis.

Katanya, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

-Harian Metro

Tags: kedai emasKes Kedai Emas DirompakRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd