• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Isu ‘Double Jeopardy’ Sistem Mata Demerit

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggantung atau membatalkan lesen hanya digunakan berdasarkan mata demerit yang terkumpul dan bukannya ditetapkan berdasarkan suatu kesalahan yang dilakukan.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan sistem mata demerit tiada kaitan dengan penetapan hukuman kompaun atau sabitan oleh mahkamah bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 333.

Menurut JPJ, Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk menggantung atau membatalkan lesen berdasarkan seksyen 35 dan seksyen 35A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ketua Pengarah, berdasarkan beberapa syarat yang ditetapkan dalam kedua-dua peruntukan tersebut, boleh menggunakan budi bicaranya dalam menentukan seseorang pemandu itu masih layak atau tidak untuk memegang lesen memandu, kata JPJ.

“Di bawah Seksyen 35 dan Seksyen 35A Akta 333 ini juga ditetapkan cara untuk Ketua Pengarah menentukan seseorang pemandu itu masih layak atau tidak untuk memegang lesen memandu iaitu melalui pemberian mata demerit,” kata JPJ.

JPJ mula melaksanakan sistem mata demerit terhadap pemandu yang melakukan dua jenis kesalahan jalan raya iaitu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju pada 15 April lepas.

Segelintir pihak menimbulkan isu ‘double jeopardy’ berhubung sistem mata demerit itu dengan menyatakan bahawa pemberian mata demerit oleh Ketua Pengarah JPJ merupakan suatu ‘double jeopardy’.

“JPJ ingin menjelaskan bahawa bagi sistem mata demerit ini, isu double jeopardy atau perlindungan terhadap pendakwaan berganda tidak berbangkit sama sekali dan tiada kaitan dengan kuasa Ketua Pengarah dalam menggantung atau membatalkan lesen di bawah seksyen 35 dan 35A Akta 333,” kata JPJ dalam kenyataannya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd