Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Jumpa Rangka Manusia...

KUALA KANGSAR: Polis menemui rangka manusia disyaki seorang lelaki di bawah jambatan berhampiran...

Sembunyi Dadah Dalam Tali...

LONDON - Dadah jenis kokain bernilai lebih £500,000 (RM2.6 juta) yang disembunyikan di...

“Saya Tak Terfikir Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata setelah bersara secara pilihan...

Himpit: PH Terengganu Lapor...

PH Terengganu membuat laporan polis berhubung perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023)...

Tentera Ikrar Bersama SPRM Banteras Rasuah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha mencegah dan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam kalangan warga kementerian berkenaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata IBR ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Mindef Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis lafaz dan tandatangan IBR yang berlangsung di Wisma Perwira itu disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

“Pasukan pertahanan terunggul negara berkenaan merupakan rakan seperjuangan yang dapat membantu SPRM bersama-sama membanteras rasuah secara habis-habisan di setiap peringkat.

“Penglibatan pasukan pertahanan negara ini amat penting kerana perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa juga melibatkan isu keselamatan dan ketenteraman negara,” menurut kenyataan itu.


Menurut SPRM, dengan adanya pasukan pertahanan itu bergabung tenaga bersama SPRM dalam memerangi rasuah, dipercayai dapat mengurangkan pelakuan rasuah bukan sahaja dalam kalangan penjawat awam malah semua golongan masyarakat.

“Usaha itu juga sekal igus akan memantapkan keutuhan serta tadbir urus Mindef selain meningkatkan disiplin dan pemerintahan ATM,” menurut SPRM. – BERNAMA

Kategori