• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tazkirah Media Sosial: Rujuk Dulu Jabatan Agama

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada jabatan agama dan golongan pakar agama bertauliah bagi mengesahkan kesahihan catatan berkaitan agama Islam di media sosial, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Katanya ia merupakan perkara yang membimbangkan kerana kebebasan berkongsi maklumat di media sosial telah membuka peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran salah.

Menurutnya catatan berkaitan agama yang tidak sahih itu juga boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini.

“Pada hari ini, kita boleh lihat banyak hadis dan dalil-dalil agama yang tidak tepat tersebar luas di media sosial.

“Ini boleh mendatangkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang baru dan ingin mendekatkan diri kepada agama, jadi sebelum kita kongsi sebarang maklumat kita boleh rujuk pakar agama bertauliah terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Khas: Arus Media Massa Hanyutkan Iman? anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan ulang tahun ke-71 RTM di Masjid Muhammadi, Angkasapuri di sini, hari ini.

Sementara itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata penyebaran dan usaha dakwah melalui media sosial perlu diperluaskan lagi terutama bagi mendekati golongan muda yang menjadi pengguna terbesar medium itu.

Katanya melalui media sosial jabatan agama boleh mengetengahkan isu dan persoalan berkaitan agama dengan lebih cepat dan mudah.

“Walaupun media sosial dianggap sebagai gudang maklumat namun ada maklumat yang perlu ditapis dan ditentukan kesahihan terlebih dahulu.

“Di sinilah Majlis-majlis agama boleh berperanan penting dalam menapis maklumat berkaitan agama,” katanya yang juga panel pada forum tersebut. – BERNAMA

Tags: Dr. Zulkifli Al-Bakrimedia sosial
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd