• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tandas Hotel Meletup Selepas Lelaki Nyalakan Rokok

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Seorang lelaki melecur di bahagian muka selepas menyalakan api rokok di dalam sebuah tandas sebuah hotel di Genting Highlands, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam tandas yang terletak di tingkat bawah untuk menghisap rokok.

Difahamkan, sebaik api rokok dinyalakan berlaku letupan kecil hingga mencederakan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Kanan Yusri Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.09 pagi serta mendapati kesan letupan dan sedikit kebakaran di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa sudah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Kami difahamkan tandas tersebut hanya untuk kegunaan kakitangan hotel sahaja dan tidak digunakan kerana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan,” katanya.

Yusri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan tersebut berlaku hasil tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas berkenaan.

Jelasnya, letupan itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.

Menurutnya, punca siasatan masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: meletupmerokoktandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

20/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd