• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan PM Tingkat Taraf Kehidupan Kaum India

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam percaya sokongan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) membolehkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia dilaksanakan dengan berkesan bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan kaum itu.

Beliau berkata pelan itu, yang pertama seumpamanya di negara ini, menjadi dokumen rasmi kerajaan untuk merancakkan lagi pembangunan masyarakat India dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Dengan sokongan penuh perdana menteri, saya percaya tindakan yang dicadangkan dalam pelan tindakan ini akan mencapai kejayaan…harapan saya ialah apa jua halangan dalam pelaksanaan pelan tindakan ini dapat ditangani sebaik mungkin,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran pelan tindakan itu oleh Najib, yang juga Pengerusi BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, Speaker Dewan Negara Datuk Seri S A Vigneswaran dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pelan tindakan itu, yang dibangunkan berdasar empat teras utama iaitu membantu generasi muda India mendapat peluang optimum dalam pendidikan; memperkasa ekonomi masyarakat India; memberi lebih penumpuan kepada kebajikan dan asas sosial masyarakat India; dan memberikan penumpuan kepada aspek identiti masyarakat India seperti budaya, agama dan sebagainya.

Proses dan pelaksanaannya akan dipantau Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) yang dipengerusikan perdana menteri dan Jawatankuasa Pelan Tindakan berkenaan yang dipengerusikan Dr Subramaniam.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata pelan tindakan itu lahir daripada suara dan pendapat pelbagai pihak mengenai isu dan situasi yang dihadapi masyarakat India pada masa kini, dan pembangunannya digarap oleh Unit Perancang Ekonomi berpandukan empat teras utama dalam usaha menjadikannya sebuah dokumen yang holistik dan inklusif.

“Pelan ini merangkumi unsur fleksibiliti dan dinamik yang membolehkan ia diubahsuai mengikut perubahan masa bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengubah mekanisme supaya matlamat yang ditetapkan dapat dicapai,” kataya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu dan berganding bahu dalam memberi sokongan kepada pembangunan pelan tindakan itu demi memanfaatkan taraf hidup mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd