• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Awas Tunjuk Impak Positif – Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan denda mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang bermula Sabtu (15 April) menampakkan impak positif apabila pemandu didapati mengurangkan kelajuan kenderaan mereka.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian berpuas hati dengan perkembangan tersebut dan berharap pemandu di negara ini akan lebih mementingkan keselamatan semasa pemanduan selepas ini.

“Sebanyak 14 kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang seluruh negara dan kita (kementerian) monitor selama dua hari ini. Didapati kelajuan kenderaan sudah menurun. Tetapi maklumat terperinci mengenainya saya akan beritahu dalam masa sebulan lagi.

“Saya harap pada selepas ini tidak perlu lagi kerajaan gunakan enforcement. Pemandu sendiri akan tahu mana keadaan yang dia perlu pandu dengan perlahan…sebab kita bukan nak kenakan penalti atau hukuman. Kita nak selamatkan nyawa,” katanya kepada pemberita selepas Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Turut hadir pada siri dialog tersebut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Liow berkata penguatkuasaan sistem Awas bagi semua kesalahan pemanduan akan dilakukan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini. – BERNAMA

Tags: AWASDatuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Hantar Memorandum Kepada Badan Komanwel

Next Post

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

Related Posts

Tahap Kepatuhan Kepada AwAS Cecah 99 Peratus – JPJ

31/05/2022
0

PUTRAJAYA : Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan...

Saman AWAS: Kalau Pemandu Ingin Buang Air Besar?

08/04/2019
0

KUALA LUMPUR - "Bagaimanakah sekiranya pemandu terpaksa memandu laju kerana tiba-tiba sakit perut dan ingin membuang air besar, namun disaman...

Next Post

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd