• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak IMT-GT Lulus Projek RM204 Bilion

oleh
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura antara 40 projek dengan anggaran kos US$47 bilion (RM204 bilion) diluluskan Sidang Kemuncak Ke-10 Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Manila, Filipina hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata projek-projek berkenaan yang akan dilaksanakan ketiga-tiga negara IMT-GT tersenarai di bawah dokumen perancangan ‘IMT-GT Vision 2036’ dan ‘IMT-GT Implementation Blueprint 2017-2021’.

Katanya, dokumen berkenaan yang merupakan dokumen kesinambungan kepada ‘IMT-GT Implementation Blueprint’ bagi tempoh 2012-2016 dibentangnya mewakili Menteri-Menteri Bertanggungjawab IMT-GT bagi Indonesia dan Thailand.

“Projek-projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 2017 – 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak IMT-GT berkenaan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo serta Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Abdul Rahman berkata selain projek keretapi laju itu, turut tersenarai di bawah dokumen perancangan berkenaan ialah projek Keretapi Pantai Timur, projek Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata sebanyak 57 projek infrastruktur keutamaan dengan nilai anggaran US$21 bilion (RM91.16) diluluskan pada Sidang Kemuncak Ke-12 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang turut berlangsung di Manila, hari ini.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab ke atas BIMP-EAGA Malaysia berkata kesemua projek berkenaan terkandung di bawah dokumen perancangan BIMP-EAGA, iaitu ‘BIMP-EAGA Vision 2025 (BEV 2025)’.

Katanya, semua projek itu akan dilaksanakan oleh keempat-empat negara BIMP-EAGA.

“Antara projek di sebelah Malaysia ialah Projek Lebuhraya Pan-Borneo (Sabah), Projek Lebuhraya Pan-Borneo (Sarawak), Projek Pembesaran Pelabuhan Teluk Sepanggar, Projek Pengorekan Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Tawau dan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Mukah.

“Projek-projek ini akan menjadi pemangkin kepada proses integrasi ekonomi antara negeri/provinsi dalam kawasan kerjasama serantau BIMP-EAGA,” tambahnya.

Sidang Kemuncak BIMP-EAGA Ke-12 yang turut dihadiri Najib itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. – BERNAMA

Tags: Abdul Rahman DahlanSidang Kemuncak IMT-GT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

17/03/2020
0

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet: 1. Benarkan pengusaha kimia untuk...

Hapus GST Punca Dasar Ekonomi PH Jadi Kalut

28/08/2018
0

BONGKAR... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan diayah jahat kerajaan Pakatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd