• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Stockholm: Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari semalam, kata Wisma Putra.

Dalam kenyataan yang mengesahkan tentang perkara itu di sini hari ini, Kementerian Luar Malaysia berkata Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan kepadanya tentang keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan di Stockholm.

Bagaimanapun, menurut kementerian itu, pihak berkuasa Stockholm belum mengumumkan kewarganegaraan mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Stockholm diletakkan dalam kawalan ketat selepas sebuah trak yang dirampas, merempuh sebatang jalan raya dipenuhi pejalan kaki berhampiran Ahlens, sebuah pusat beli-belah utama di Stockholm.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan itu, yang berlaku di Drottninggatan, di bahagian tengah Stockholm.

Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai serangan ganas.

“Serangan ini nampaknya menggunakan modus operandi sama seperti dalam serangan di Nice dan Berlin tahun lepas serta kejadian dahsyat di jambatan Westminster beberapa minggu lepas apabila kenderaan digunakan untuk melakukan serangan.

“Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada berada di pusat bandar untuk sementara waktu,” kata Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra, bagi mendapatkan maklumat lanjut atau melaporkan sebarang perkara kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu melalui talian +46 (8) 440 8400 atau ibu pejabatnya melalui talian 603-88874570 atau 60388892746. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysiaserangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd