• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Warga Emas Maut Dipercayai Disamun

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Seorang warga emas ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di rumahnya, dipercayai disamun sebelum dibunuh di Kampung Baru Rompin di sini, kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dikenali sebagai Joriah Ahmad, 65, tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Katanya bagaimanapun seorang lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, ditahan 8 malam semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Kira-kira 5 petang semalam, dua beradik yang merupakan anak jiran mangsa telah datang ke rumah berkenaan untuk memulangkan payung yang dipinjam ibu mereka sebelum ini. Semasa tiba di rumah berkenaan keadaan pintu rumah mangsa terbuka.

“Tetapi selepas memberi salam namun tiada siapa menyahut, dua beradik ini telah masuk ke dalam rumah berkenaan sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di ruang tamu. Perkara itu telah dimaklumkan kepada jiran berhampiran dan telah menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati, terdapat kesan luka di bahagian leher mangsa berukuran 16 cm dipercayai dikelar dan terdapat kesan tekanan di dada mangsa.

“Setakat ini barang milik mangsa yang hilang iaitu televisyen dan barang kemas yang dipakai mangsa. Kita juga belum menemukan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian ini. Bagaimanapun suspek telah ditahan di rumah berkenaan kira-kira 8 malam, pada hari yang sama,” katanya.

Noorzainy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes samunwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd