• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman Buat Laporan Polis Berhubung Isu Hina PM

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara Singapura, Najip Ali mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah program televisyen di negara itu, baru-baru ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Zed Zaidi berkata beliau membuat laporan itu kerana Seniman memandang isu berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara itu berulang.

Beliau berkata walaupun Najip dan pihak program televisyen itu sudah meminta maaf, tetapi empat lagi tetamu terdiri daripada selebriti dan hos program itu belum meminta maaf.

“Seniman akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi bagi menghalang mereka yang terlibat daripada memasuki ke Malaysia.

“Kalau boleh kami akan cuba untuk mengurangkan kemasukan artis luar negara memasuki Malaysia untuk membuka peluang kepada artis tempatan dalam industri hiburan,” katanya.

Rabu lepas, Stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan satu segmen yang dikatakan mempersenda Perdana Menteri dalam rancangan OK Chope! yang disiarkan pada 29 Mac lepas di Singapura. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakhinaRozaidi Jamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd