Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Ada Individu Beri Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memaklumkan ada individu menyumbang sebanyak...

Pulang Awal, Skuad Korea...

SKUAD Korea Selatan terkejut dengan sambutan oleh penyokong bola sepak negara mereka sebaik...

Daftar Perniagaan Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan secara...

Bagi MC Tak Cukup...

GARA-GARA memberi sijil cuti sakit atau MC yang tidak mencukupi, seorang doktor di...

Sarawak Mulakan Ekonomi Digital Sebagai Strategi

KUCHING – Sarawak memulakan pembangunan Ekonomi Digital sebagai sebahagian daripada strategi ekonomi yang akan mewujudkan dimensi baharu dalam pertumbuhan pembangunannya.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Ekonomi Digital akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda di pusat bandar dan kawasan luar bandar, mengubah cara hidup serta menjalankan perniagaan.

Beliau berkata ia akan mencabar model perniagaan tradisional di Sarawak, sekaligus membolehkan usahawan muda serta ahli perniagaan untuk terus meningkatkan pencapaian mereka.

“Kerajaan negeri sedar tentang kepentingan Ekonomi Digital, oleh itu komited dengan sepenuhnya untuk membangunkan ekonomi ini. Untuk bergerak seiring dengan Ekonomi Digital, kami tahu bahawa Sarawak perlu membangunkan infrastruktur ICT bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Infrastruktur dan Digital Ekonomi Sarawak (IDECS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

“Pada masa ini Sarawak mempunyai infrastruktur yang agak baik bagi kegunaan peribadi dan hanya di tempat terpilih, tetapi tidak cukup baik untuk dijadikan asas bagi pembinaan masa hadapan ekonomi Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata purata kelajuan rangkaian bagi negeri ini dianggarkan 4 Mbps bagi setiap isi rumah, hampir tujuh kali lebih perlahan daripada Korea Selatan yang mempunyai kelajuan rangkaian 29 Mbps setiap isi rumah, manakala liputan jalur lebar di Sarawak hanya 51.8 peratus setiap isi rumah.

Beliau berkata terdapat kira-kira 1,200 menara komunikasi di Sarawak ketika ini, dan beliau berpendapat, malah 2,000 menara sekali pun tidak cukup bagi negeri ini untuk menyediakan liputan rangkaian pada tahap yang sewajarnya.

“Saya mahu 5,000 menara di Sarawak. Kita mesti mencapai setiap penempatan dan mesti merapatkan jurang. Kampung Digital kita di Samajaya seperti yang saya umumkan bulan lepas, boleh diperkukuhkan bagi menyediakan infrastruktur seperti di lembah silikon untuk mendorong anak Sarawak yang berminda digital, menghasilkan model perniagaan baharu,” katanya.


Beliau berkata jelas bahawa Sarawak memerlukan strategi baharu dalam membangunkan infrastruktur fizikal ICT yang mencukupi untuk negeri ini membangunkan Ekonomi Digital dan bersaing di peringkat global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Oleh kerana kami mahu membina infrastruktur ICT bertaraf dunia, kerajaan negeri mungkin perlu menjadi peneraju dalam memacu pembangunan infrastruktur fizikal ICT, berbanding dengan menyerahkan masa depan kita kepada pengusaha komersial dan penyedia perkhidmatan,” katanya.

Abang Johari mengulangi bahawa Sarawak komited untuk melabur RM1 bilion sebagai permulaan, untuk memastikan infrastrukturnya sesuai bagi menyokong industri Digital, perdagangan dan pelaburan, yang akan masuk ke Sarawak.

“Kita mungkin perlu menyepadu dan memanfaatkan sepenuhnya elektrik dengan telekomunikasi,” katanya, dan menambah, dengan menggabungkan penggunaan sumber semulajadinya, Sarawak boleh menjadi kuasa besar ICT.

“Bagi memastikan Ekonomi Digital Sarawak dibangunkan dalam cara yang baik, kita akan mengadakan pelan hala tuju yang jelas dengan garis masa yang spesifik dan agensi khusus untuk melaksanakannya, misalnya Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak yang baru ditubuhkan, untuk menyepadukan dunia fizikal dan maya,” katanya.

Abang Johari kemudian melancarkan pelan transformasi e-Commerce sehingga tahun 2030 bagi belia, dikenali sebagai E-Com Y30, iaitu pelan yang akan mempersiapkan belia di Kampung Digital untuk memulakan E-Commerce dan usahawan yang dilengkapi pengetahuan Digital.

Persidangan dua hari ini mengetengahkan 19 penceramah yang pakar dalam bidang ekonomi digital, selain lebih 30 pempamer yang aktif dalam memanfaatkan teknologi digital. – BERNAMA

Kategori