• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Tak Bercadang Jual Kepentingan Dalam FGV

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menegaskan kerajaan negeri tidak bercadang untuk menjual kepentingannya dalam Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV).

Beliau berkata, keputusan untuk mengekalkan kepentingan berkenaan dibuat kerana rajaan negeri berpendapat pelaburan dalam FGV adalah pelaburan yang penting dan bersifat jangka panjang.

“Oleh itu, kerajaan negeri tidak bercadang untuk melupuskan kepentingan dan pegangan dalam FGV. Saya memaklumkan bahawa dalam tempoh 2012 hingga 2016, kerajaan negeri telah menerima dividen sebanyak RM29,009,678.30 daripada FGV,” katanya.

Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata demikian ketika menggulung perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan bagi kementerian itu pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pada 2012, kerajaan negeri memegang 65,934,066 unit saham FGV pada harga tawaran RM4.55 seunit dengan nilai pasaran RM300 juta.

Unit saham berjumlah 65,934,066 tersebut diberi secara percuma oleh FELDA, katanya.

“Bagaimanapun, pada 31 Mac 2017 harga pasaran saham FGV telah menurun kepada RM2.09 seunit sekali gus nilai pegangan saham FGV yang dimiliki kerajaan negeri turun kepada RM137,802,197.00.

“Penurunan harga saham ini mengakibatkan kejatuhan nilai aset kerajaan negeri sebanyak RM162,197,802.36 atau 54.07 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata Cukai Jualan Negeri (SST) merupakan satu-satunya cukai dan sumber tambahan hasil yang diserahhak kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Jadual Kesepuluh Bahagian V dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pengenaan SST, khasnya ke atas minyak sawit mentah (MSM) merupakan antara penyumbang kutipan hasil terbesar setiap tahun kepada kerajaan negeri, iaitu melebihi 25 peratus daripada jumlah hasil negeri.

Oleh itu, katanya, penting bagi Sabah mengekalkan hasil pendapatan negeri daripada sumber tersebut untuk menjamin pembangunan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Musa menjelaskan, tidak timbul isu pencukaian dua kali oleh sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan sistem SST di Sabah.

Musa berkata, ini kerana peniaga yang berdaftar dengan GST dibenarkan menuntut kembali cukai yang dibayar bagi input perniagaan mereka. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd