• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Sentiasa Bantu Kawasan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sentiasa membantu kawasan pembangkang sama ada dari segi pembangunan mahupun dalam menyalurkan bantuan bencana, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata tindakan itu berdasarkan hasrat yang sama dikongsi kerajaan dan wakil rakyat dari kalangan pembangkang iaitu untuk membela dan membangunkan rakyat.

“Saya pasti, walaupun saya di pihak kerajaan dan anda di pihak pembangkang, matlamat kita sama sahaja iaitu untuk membangunkan negeri dan rakyat.

“Maka, kita gunakan peluang (matlamat sama) ini untuk menolong rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Dr Edwin Bossi (DAP-Kapayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri bukan sahaja terbuka menerima pandangan daripada pembangkang, malah kerajaan negeri turut menjemput pembangkang untuk mengutarakan cadangan demi kebaikan bersama, khususnya untuk Sabah.

Jelasnya, langkah itu membolehkan kerajaan memberi perhatian menyeluruh kepada permasalahan rakyat di seluruh pelosok negeri.

Terdahulu, Musa berkata Sabah menerima peruntukan banyak daripada kerajaan, khususnya untuk pembangunan kawasan luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata beliau percaya peruntukan itu juga sebahagiannya daripada hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Jadi, ini semua kita kena terima bahawa macam mana banyak GST dipungut oleh kerajaan pusat, banyak peruntukan disalurkan kepada kerajaan negeri, selain pemberian peruntukan khas, geran dan pembiayaan terus,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan-Klias). – BERNAMA

Tags: Musa Amanpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut melibatkan institusi takhta Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak berautoriti untuk...

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan mengakui beliau belum melihat kertas Reformasi Pendidikan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd