• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Siar Liputan Langsung Sukan SEA Menerusi TV1, TV2

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA Ke-29 menerusi TV1 dan TV2, dari 19 hingga 30 Ogos.

Temasya dwitahunan itu menyaksikan Kuala Lumpur selaku tuan rumah, bakal menerima kunjungan atlet dari 10 negara ASEAN yang akan bertanding dalam 405 acara daripada 38 jenis sukan.

Menurut kenyataan media hari ini, RTM akan bersiaran secara langsung setiap hari.

Liputan termasuk siaran langsung pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari; sesi petang 2 hingga 5 petang, versi bahasa Inggeris 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam dari 10.30 hingga 12.30 tengah malam.

Sementara itu, stesen Nasional FM dilantik sebagai saluran radio rasmi yang akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan SEA berlangsung.

Manakala stesen KL FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini sukan tersebut.

Enam pengulas Sukan SEA telah dipilih iaitu Azlan Mubin, Izwan Mohd. Nor, Rasdi Jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi dan Jeed Zulkifli.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengumumkan RTM sebagai hos Penyiar Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur, semalam.

Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA. Kali terakhir pada 2001, yang menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa. – BERNAMA

Tags: RTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd