• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM5 Juta Kos Tahun Melawat Pahang 2017 – Exco

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM5 juta sebagai bajet promosi kempen Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017), kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Beliau berkata peruntukan daripada kewangan negeri itu dipertanggungjawabkan kepada Pelancongan Negeri Pahang iaitu Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai Pelancongan Pahang.

“Tugas Pelancongan Pahang adalah untuk mempromosikan destinasi pelancongan di seluruh daerah. Kerajaan negeri juga giat mempromosikan bandar yang berasaskan sejarah dan warisan melalui penerbitan risalah pelancongan di dalam dan luar negara, mengadakan roadshow dan sebagainya,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di di sini hari ini, bagi menjawab soalan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) yang ingin tahu kos TMP2017.

Mohd Sharkar menambah kata kerajaan negeri menyasarkan pendapatan sebanyak RM10 bilion daripada kehadiran 15 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang pelaksanaan TMP2017.

Berhubung 32 tapak warisan yang dipersetujui untuk diwartakan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Mohd Sharkar memaklumkan daerah terlibat ialah Lipis, Kuantan, Raub, Pekan, Sungai Lembing, Temerloh, Rompin, Bera, Jerantut, Maran, Cameron Highlands dan Bentong.

“Kajian dan penyelidikan juga dijalankan bagi mengetengahkan tinggalan sejarah sebagai produk pelancongan seperti di Kampung Budu (Lipis) dan Pulau Tawar (Jerantut) yang banyak menyimpan sejarah kepahlawanan Mat Kilau,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan ‘China Town’ di Jalan Air Putih di sini.

“MB (menteri besar) berpendapat tindakan itu akan melebarkan jurang antara kaum. Jika ada China Town, nanti akan ada pula ‘Indian Town’, ‘Malay Town’, ‘Punjabi Town’ dan ‘Orang Asli Town’,” katanya. – BERNAMA

Tags: ExcoPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri...

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

14/09/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) sebagai pendekatan baharu bagi mendekati, mendengar, membantu serta memperkasa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd