Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Larangan Rentas Negeri, Daerah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melarang aktiviti rentas daerah dan negeri sepanjang tempoh Perintah...

Potret Mahathir Masih Digantung...

KENANG JASA... Meskipun bekas presiden UMNO kelima iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah...

Sidang DUN Melaka Kecoh...

MELAKA - Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 Melaka hari...

Pelajar Didakwa Rogol Pelajar...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun pertama jurusan pengajian Bahasa Arab di sebuah...

Polis Tumpaskan Kumpulan Pecah Rumah Waktu Malam

BAGAN SERAI – Polis menumpaskan satu kumpulan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu malam dengan tertangkapnya tiga lelaki di Tanjung Piandang dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata suspek utama berumur 24 tahun ditangkap oleh orang awam ketika cuba melakukan pecah rumah di Taman Tanjung Piandang Indah, Tanjung Piandang kira-kira 3.30 pagi.

“Kita berjaya menahan dua lagi anggota kumpulan itu berumur 21 hingga 24 tahun selepas tangkapan suspek utama pada hari berkenaan di Tanjung Piandang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek itu terbabit dalam tiga kes pecah rumah di daerah Kerian dan suspek utama yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mempunyai dua kes jenayah gaduh di negeri itu.

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek positif menagih syabu dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Menurut Omar Bakhtiar, sebanyak lapan kes pecah rumah pada malam hari dilaporkan di daerah Kerian sejak Januari hingga April tahun ini berbanding lima kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.


Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar berkata polis menemukan semula sebuah kereta jenis Nissan Almera milik seorang guru yang dilaporkan hilang di rumahnya di Taman Serai Emas di sini pukul 2 petang pada 4 April lalu.

Beliau berkata kereta itu ditinggalkan di tepi jalan di Bandar Baharu dekat Parit Buntar.

“Suspek curi kereta itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dan mereka sudah ditahan oleh polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

“Kita percaya suspek berkenaan terlibat dengan kes kecurian di daerah SPS, Kerian, Taiping dan Ipoh,” katanya. – BERNAMA

Kategori