• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Pintas Trak Bawa 1 Juta Pil Dadah

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menumpaskan cubaan sindiket untuk menyeludup dadah ke Malaysia apabila ia memintas sebuah trak yang membawa satu juta pil ‘yaba’ atau dadah jenis methamphetamine, empat hari lepas di daerah Mae Chan, Chiang Rai di utara Thailand.

Menurut Komander Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand, Mejar Jen Tanai Aphichartseni, dua warga Thailand dari Songkla di selatan Thailand ditahan pihak polis dalam serbuan awal pagi selepas polis memintas sebuah trak 10 tayar, yang mengangkut dadah itu.

“Kedua-dua suspek mengaku mereka diarahkan untuk membawa dadah itu ke Hatyai dan kemudian ke Sadao sebelum dadah itu diseludup ke Malaysia. Pihak polis menemukan 10 beg penuh diisi yaba di dalam trak itu,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu yang dibayar 400,000 Bath (kira-kira RM50,000) sepatutnya mengisi trak itu dengan buah oren apabila mereka berhenti di Chiang Mai ketika dalam perjalanan ke selatan Thailand, dalam usaha mengaburi pihak berkuasa daripada menemukan konsainan sebenar trak itu.

Tanpa pengetahuan kedua-dua lelaki itu, pihak berkuasa telah memantau pergerakan kedua-dua suspek, lima bulan sebelum penahanan mereka empat hari lepas.

Menurut Tanai, kedua-dua suspek juga membuat pengakuan kepada pihak berkuasa, mereka telah beberapa kali berjaya mengangkut dadah ke selatan Thailand dan Malaysia sebelum ini, dan menerima upah 200,000 Bath (kira-kira RM25,000) bagi setiap penghantaran.

“Kali ini mereka menerima 400,000 Baht kerana mengangkut jumlah dadah yang lebih banyak,” katanya dan menambah pihak polis mensyaki dalangnya berada di Hatyai dan akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Beliau juga berkata, dadah yang diangkut oleh kedua-dua suspek dibungkus kemas dan mempunyai label ‘999’ berwarna merah, menunjukkan ia dari utara Wa State, sebuah wilayah autonomi di Myanmar yang terkenal sebagai tempat penghasilan dadah.

Tanai berkata, kedua-dua lelaki itu bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd