• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Lelaki, Rampas Dadah Dan Pistol Di Alma

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Lima lelaki, dipercayai anggota sindiket menghasil dan mengedar dadah, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Alma di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata empat lelaki tempatan dan seorang warga Myanmar yang ditahan dalam serbuan pada pukul 7.45 petang itu berumur antara 34 dan 53 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui botol disyaki peralatan untuk menghisap dadah, tiga peket plastik syabu, satu peket heroin, satu peket ganja dan 10 biji pil Eramin 5 serta peralatan membungkus dadah.

“Kami turut merampas lima botol mengandungi pelbagai cecair bahan kimia untuk menghasilkan dadah, balang kaca dan dapur elektrik serta sepucuk pistol bersama satu kelopak mengandungi 10 butir peluru,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata polis percaya sindiket terbabit menjadikan rumah milik seorang daripada lelaki yang ditahan itu sebagai tempat untuk memproses dan membungkus dadah sejak beberapa bulan lepas.

Beliau berkata empat lelaki tempatan yang ditahan itu positif dadah dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

Seorang daripadanya merupakan orang yang dikehendaki polis, katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd