• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Jika Perak Jadi Transit Seludup Pil Kuda

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis sedang menyiasat sama ada Perak dijadikan laluan masuk atau transit bagi pil kuda untuk diedar ke tempat lain berikutan penemuan dadah jenis tersebut yang banyak di negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pada 2015 sebanyak 3,246 biji pil dirampas sebelum berkurang kepada 2,591 pil tahun lalu dan setakat ini tahun ini sebanyak 180,000 biji dirampas.

“Kenapa begitu banyak pil kuda ditemukan di Perak. Adakah permintaan untuk pil kuda bagi penagih sekitar Perak meningkat atau penagih telah berubah kepada dadah jenis lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Menurut Hasnan, rampasan sebanyak 180,000 biji pil kuda atau bersamaan 20.30 kilogram setakat ini tahun ini dibuat dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Felda di Sungkai kira-kira pukul 2 pagi Selasa lalu.

Katanya rampasan dadah jenis pil kuda bernilai RM3.6 juta oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muallim itu adalah yang terbesar di Perak sejak lima tahun lalu.

“Hasil serbuan ke rumah tersebut polis turut menemukan dadah jenis syabu atau methamphetamine seberat 8.70 gram serta menahan dua lelaki masing-masing berumur 35 tahun.

“Kedua-dua suspek bukan peneroka (Felda), bekerja sebagai penyelia dan peniaga masing-masing positif dadah jenis amphetamine berdasarkan ujian air kencing,” katanya.

Hasnan berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai 11 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menurut beliau pihaknya percaya pil kuda berkenaan diimport dari negara jiran dan ia belum sempat diedarkan kepada penagih. – BERNAMA

Tags: pil kudapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd