• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas Pil Kuda Bernilai RM4.7 Juta

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7 juta di sebuah rumah yang dijadikan pangkalan haram dekat sempadan Kelantan-Thailand Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata rampasan 474,000 biji pil kuda itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di kawasan pangkalan haram di pinggir Sungai Golok itu pada 7.15 malam.

“Seorang lelaki iaitu pembawa bot penambang dilihat memunggah kotak ke sebuah rumah tidak berpenghuni di tebing Sungai Golok.

“Sepasukan anggota PGA itu kemudiannya bertindak menyerbu ke dalam rumah dan menemui dadah yang diisi dalam tiga guni,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata lelaki tempatan berusia 51 tahun yang ditahan itu mendakwa dia hanya mengambil upah mengangkut dadah terbabit.

Katanya lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai Khamis lepas untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata rampasan tersebut adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan setakat ini pada tahun ini.

“Kita akan menyiasat lebih lanjut bagi mengenal pasti dalang utama sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh suspek yang dia hanya pembawa dadah itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan jumlah dadah yang banyak itu, kemungkinan pasaran dadah adalah di Kelantan dan negeri lain termasuk Terengganu. – BERNAMA

Tags: pil kudapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd