• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Indonesia Siasat Foto Lucah Ahli Parlimen

oleh
22/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ketika Malaysia kecoh dengan foto intim dua tokoh pembangkang terkenal, Indonesia pula gempar dengan penularan foto lucah seorang anggota Parlimen tempatan yang agak popular.

Media melaporkan, pihak polis menyiasat penyebaran sejumlah foto pornografi yang jelas memaparkan wajah ahli Suruhanjaya VII Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Aryo Djojohadikusumo.

Ia secara kebetulan ditularkan selepas wakil parti itu, Anies Baswedan mengalahkan calon pilihan, Basuki Tjahaya Purnama tanpa diduga dalam pusingan kedua Pemilihan Umum Ketua Daerah (Pilkada) Jakarta yang cukup sengit.

“Itu dapat kami lakukan penelusuran ya,” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisioner Argo Yuwono kepada media. Setakat ini belum ada lagi laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

Beliau menambah bahawa siasatan polis boleh dimulakan sebaik sahaja ada aduan rasmi waima daripada model bogel dalam foto ‘panas’ itu sebagai kes cubaan jahat pihak tertentu untuk mengaibkan maruah individu tersebut.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang antipornografi Indonesia, sesiapa sahaja termasuk si pasangan dalam gambar berkenaan yang didapati sengaja menyebarkan foto erotik sedemikian juga boleh didakwa di mahkamah.

Polis Indonesia Siasat Foto Lucah Ahli Parlimen

“Individu dalam foto itu jika sebar pun boleh ditahan untuk disiasat sebagai kes jenayah pornografi. Kami kena lihat dulu apakah dia sengaja atau ada pihak ketiga yang menyebarkan tanpa pengetahuan pasangan itu,” terang Argo.

Netizen republik terbesar di rantau Asia tenggara itu sejak semalam kecoh dengan penularan empat foto yang jelas menampakkan muka Aryo ceria memeluk manja tubuh seorang model popular tanpa busana dalam sebuah bilik air.

Turut dipaparkan ialah adegan hubungan seks pasangan tersebut yang bertelanjang di atas ranjang. Aryo yang masih bujang merupakan anak tokoh pengasas Gerindra dengan ramai ahli keluarganya pula aktif politik nasional.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa Timbalan Ketua Umum Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad turut mengesahkan lelaki dalam foto tersebut bukan Aryo setelah dimaklumkan orang ramai yang mahukan kepastian.

“Sudah disahkan dan saya pastikan itu bukan yang berkenaan,” katanya menyifatkan penyebaran foto porno itu sebagai cubaan jahat pihak tertentu menjejaskan imej parti dan Anies selepas Pilkada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indonesiapornografi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gelaran Juara Dunia Bukan Masa ‘Bersenang-Lenang’

Next Post

Adam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Bersalah

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Adam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Bersalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd