Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Teksi: Sambut Baik Saranan...

TELUK INTAN - Pengusaha teksi disaran agar menyambut baik saranan pembatalan kawal selia...

Mahkamah Dengar Permohanan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 14 Dis untuk...

Potong Barisan: Polis Saman...

Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling...

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah...

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan...

PM Minta Vietnam Izin Simon Rock Balik Malaysia

MANILA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meminta kerajaan Vietnam untuk membenarkan Ketua Pegawai Operasi Europe Automobiles Corporation (EAC) Simon Rock untuk kembali ke Malaysia.

Najib, yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, membuat rayuan tersebut kepada Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc semasa pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin, di luar sidang kemuncak itu.

EAC adalah unit kepada Sime Darby Motors.

“Ia melibatkan beberapa dakwaan dan tindakan melarang ketua pegawai operasi Simon Rock untuk kembali ke Malaysia. Beliau adalah seorang warganegara British tetapi berkerja untuk syarikat Malaysia,” kata Najib kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan itu.


“Perkara ini kita telah merayu kepada perdana menteri Vietnam untuk membenarkan Simon untuk kembali ke Malaysia ke pangkuan keluarganya.

“Dalam pada itu apa juga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, pihak beliau (Simon Rock) akan memberi kerjasama yang sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori