• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Sabah Lebih Awal Hanya Spekulasi

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Khabar angin mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dikatakan akan diadakan lebih awal daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 hanyalah spekulasi disebabkan ia masih di peringkat kajian Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk melaksanakan pilihan raya negeri bukan hanya bergantung kepada keadaan politik di Sabah, sebaliknya di seluruh negara.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN, belum memuktamadkan sebarang kajian yang diperoleh berdasarkan pelbagai maklum balas daripada kajian-kajian empirikal yang telah dilakukan.

“Implikasi positif juga harus dijadikan keutamaan dalam mempertimbang keputusan untuk mengadakan pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku anggota Parlimen Kota Marudu dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata beliau telah menetapkan untuk melakukan lawatan kerja ke Sabah dua kali sebulan seperti dijanjikan kepada kerajaan negeri dan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Menurutnya, beliau akan sekali lagi datang ke Kota Marudu enam bulan dari sekarang untuk melihat segala pembangunan yang dijanjikan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Selain itu, kita juga mahu melihat bahawa kesiapsiagaan jentera BN di Kota Marudu serta kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd