• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal – Zahid

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan bersama pensijilan halal perlu digalakkan dalam kalangan pelbagai badan pensijilan di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mencadangkan perkara ini berdasarkan kemungkinan agak sukar untuk mempunyai satu standard pensijilan yang seragam.

Timbalan perdana menteri menarik perhatian bahawa terdapat lebih 200 badan pensijilan di seluruh dunia yang mengeluarkan sijil dan logo halal masing-masing.

“Kita patut menggalakkan pengiktirafan bersama pensijilan masing-masing. Saya benar-benar berharap kita meneliti secara serius akan kemungkinan penyelesaian ini,” kata Ahmad Zahid semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Ketiadaan pensijilan yang seragam merupakan satu cabaran, katanya, selain memelihara integriti status halal itu.

Ahmad Zahid berkata Malaysia telah memasuki fasa ketiga dan fasa akhir pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal dengan penekanan diberikan terhadap memperluaskan syarikat tempatan dan pengantarabangsaan industri halal.

Beliau berkata kerajaan Malaysia fokus terhadap pendekatan yang lebih holistik ke arah mewujudkan ekosistem halal untuk menjadikan negara sebuah hab halal global terkemuka.

Pendekatan itu, katanya, menekankan kepda peningkatan aktiviti melalui rangkaian pembekalan.

“Selain produk halal dan menyediakan perkhidmatan berkaitan halal, rangkaian pembekalan halal juga termasuk perbankan dan kewangan Islam, logistik, pelancongan, takaful dan perkhidmatan sokongan berkaitan halal yang lain,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata beberapa negara Arab telah menyatakan minat mereka untuk membina ekosistem halal dengan Malaysia.

Dari segi pembangunan ekonomi, Ahmad Zahid berkata produk halal Malaysia terus mendapat perhatian kukuh dalam kalangan pelanggan di seluruh dunia, dengan jumlah eksport meningkat daripada RM23.9 bilion dalam tahun 2011 kepada RM39.3 bilion tahun lepas.

“Kita melihat ini hasil daripada promosi agresif produk dan perkhidmatan halal kita melalui acara seperti Mihas serta misi dagangan kita di luar negara,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata China ialah antara destinasi utama bagi ekpsort halal Malaysia bersama Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.

Beliau berkata produk utama yang dieksport ialah makanan dan minuman yang diikuti dengan bahan halal serta terbitan minyak sawit.

Adalah diunjurkan menjelang 2020, eksport halal tahunan Malaysia akan melebihi RM50 bilion.

Tahun ini, MIHAS 2017 menempatkan 580 pempamer dari 33 negara termasuk negara anggota ASEAN, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Brazil, Afrika Selatan, China, Jepun dan Taiwan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

06/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kertas siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd