Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Cedera Parah Mercun...

DUNGUN - Padah bermain mercun bola, seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14,...

Pelantikan Kapten Izham Teraju...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan...

“Ada Pemandu Uber, GrabCar...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan ke atas 153...

Thanabalan Sedia Pertimbang Tawaran...

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) N. Thanabalan berkata beliau sedia...

Pengetua Sekolah Penuhi Matlamat Falsafah Pendidikan

ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar pengetua sekolah memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan.

Menurut baginda, kejayaan matlamat tersebut terletak pada keupayaan golongan pendidik menguasai perkembangan teknologi maklumat sebelum Malaysia mampu mengeksport ilmu.

“Matlamat ini boleh dicapai dengan iltizam, wawasan serta sasaran yang jelas berpaksi pada integriti yang unggul berlandaskan etika dan piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan pendidikan terbaik,” titah baginda.

Titah Tuanku Syed Sirajuddin itu dibacakan pada majlis perasmian persidangan kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-56 di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Peris (UniMAP), di sini malam tadi.

Teks dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mewakili baginda.

Baginda bertitah kepimpinan ialah amanah dan tanggungjawab, bukan keistimewaan yang hanya layak dipegang oleh golongan yang memiliki ciri-ciri kepimpinan luar biasa seperti mempunyai kekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis untuk membina wawasan.


Selain itu pemimpin harus memiliki kemahiran dan pengetahuan yang melampaui asas profesioan pengurusan khususnya kecekapan mentadbir dengan bijaksana, titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah pengetua sekolah hendaklah sentiasa mematuhi kod etika dan piagam pelanggan sehingga menjadi budaya dalam pekerjaan mereka selain kepentingan awam diberi keutamaan.

Kira-kira 500 orang pengetua dari 2,401 Sekokah Menengah seluruh negara menyertai persidangan itu yang bertemakan ‘Kepimpinan Berkualiti Memacu Gelombang Kedua PPPM’ yang bermula Isnin lalu dan berakhir esok. – BERNAMA

Kategori