• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengedar Dadah Beralih Ke Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Operasi pengedar dadah kini beralih kepada dalam talian bagi mengelakkan mereka ditahan pihak berkuasa.

Malah mereka menggaji pelajar untuk mengedarkan dadah.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Zainudin Abdullah berkata, menerusi media sosial untuk mengurangkan sesi tawar-menawar, penjenayah akan mengedar dadah sebaik sahaja butiran jual beli dimuktamadkan menerusi khidmat pesanan seperti WeChat dan WhatsApp.

“Pembeli akan menghubungi pembekal secara dalam talian. Kebiasaannya wang dimasukkan ke dalam akaun bank pihak ketiga terlebih dahulu sebelum menghantar dadah.

“Penghantaran dibuat sama ada disampaikan individu atau meletakkannya di satu lokasi yang dipersetujui,” katanya kepada Sunday Star.

Zainudin berkata, halaman Facebook berkaitan ganja tumbuh bagaikan cendawan. Mereka juga secara terbuka mempromosikan jualan produk tersebut.

Beliau menambah, media sosial menjadi platform yang semakin popular untuk membeli dan menjual narkotik dengan lebih mudah.

“Ganja dijual sama ada sebagai dadah atau bersembunyi di bawah nama ‘makanan kesihatan tambahan’ bagi mengaburi orang awam dan pihak berkuasa,” katanya.

Mengenai modus operandi terbaharu, katanya, kanak-kanak dan remaja menjadi sasaran pengedar untuk menjual dadah.

“Mereka mencari pelajar sekolah rendah dan menengah yang mempunyai masalah disiplin, tidak aktif dalam aktiviti sekolah atau datang dari keluarga miskin,” katanya.

“Mereka ini menerima arahan dengan baik dan tidak minta banyak wang. Mereka dibayar murah.

“Lebih sukar bagi pihak berkuasa untuk mengesan aktiviti pengedaran dadah membabitkan kanak-kanak, dan sekiranya ditangkap, tindakan penguatkuasaan tertakluk kepada pelbagai peraturan berkaitan kanak-kanak,” tambah Zainudin. – mStar Online

Tags: AADK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd