• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penempatan Baharu Penduduk Terlibat Banjir Di Langkap

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Kerajaan Terengganu akan membina penempatan baharu bagi penduduk Langkap di sini, yang terlibat dengan bencana banjir hampir setiap tahun.

Anggota Dewan Undangan Negeri Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor berkata beberapa kawasan penempatan baharu dikenali pasti antaranya di Kampung Pelong, Kampung Kerbau Menyusup dan Kampung Pengkalan Merbau.

“Kita akan sediakan infrastruktur seperti jalan, bekalan air dan elektrik secepat mungkin di kawasan berkenaan bagi kemudahan penduduk yang akan berpindah ke situ kelak. Kalau tiada kemudahan itu, mereka tidak akan berpindah.

“Saya akan gunakan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebanyak RM10 juta bagi memastikan projek berkenaan berjalan dan dapat menyelesaikan masalah penduduk yang sering dilanda banjir.

“Penempatan baharu itu penting kerana bukan sahaja untuk menyelamatkan harta benda tetapi nyawa mereka dan anak-anak,” katanya selepas menyampaikan bantuan ihsan kepada 437 keluarga akibat banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap, melibatkan peruntukan keseluruhan RM437,000.

Program agihan bantuan banjir di kawasan Langkap itu adalah yang pertama di Terengganu, dengan masing-masing menerima RM1,000, iaitu RM500 daripada kerajaan negeri dan RM500 lagi menerusi peruntukan kerajaan Persekutuan.

Sabri berkata pihaknya juga menyalurkan bantuan segera seperti bekalan makanan serta peruntukan RM11,000 untuk membaiki rumah yang rosak.

“Saya berharap bantuan yang diterima mangsa banjir daripada kerajaan hari ini, dapat meringankan beban mereka dan gunakan duit berkenaan secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata petani di kawasan berkenaan turut terjejas teruk apabila tanaman cili yang mereka usahakan, musnah dalam banjir mengakibatkan kerugian lebih RM20,000.

“Saya berharap Jabatan Pertanian dapat melihat perkara ini…apa bentuk bantuan atau keperluan yang sepatutnya diberikan kepada petani yang menjadi mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Sabri Mohd Noor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd