• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Tertua Negara Tiba Di Everest Base Camp

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – James Lee Chong Meng, warga Malaysia tertua yang cuba menawan puncak Gunung Everest, tiba di kem Induk Everest (EBC), petang Khamis.

Pendaki berusia 69 tahun itu berkata beliau dan anggota pasukannya tiba di EBC yang berada pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut itu, kira-kira 3 petang (waktu tempatan Nepal).

“Cuaca di sini amat baik dan kami berpeluang bergambar di sekitar EBC sebelum lima pendaki yang bersama saya akan turun ke Periche esok pagi selepas sarapan.

“Saya akan kekal berada di EBC bagi meneruskan latihan di Lobuche East,” katanya dalam rakaman audio yang dihantar ke Bernama, rakan media pendaki tertua negara yang dalam misi sampai ke puncak tertinggi dunia itu.

Lee berkata dua pendaki, Eugene Kwan Jyh Sin, 47, dan Teng Hee Weng, 48, yang mengalami penyakit gunung akut (AMS) sebelum ini disahkan telah pulih.

AMS adalah kesan patologi ketinggian terhadap manusia yang berpunca daripada pendedahan akut kepada tekanan rendah oksigen di kawasan tinggi.

“Mereka telah pulih, bagaimanapun, pemeriksaan kesihatan secara berkala tetap dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan kami sentiasa cergas.

“Saya pula telah dapat mengatasi perasaan dan kehadiran ‘udara sejuk’ yang membuat dada saya tidak selesa hasil daripada nasihat sherpa profesional berhubung pemakanan saya,” katanya.

Lee dan pasukannya sampai ke Kathmandu pada 1 April lepas.

Lima pendaki yang bersamanya adalah Eugene, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, serta Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin yang masing-masing berusia 32 tahun.

Mereka akan menemani Lee sehingga ke Everest Base Camp sebelum Lee menyambung perjalanannya ke puncak gunung itu dalam ekspedisi yang dianjurkan Lions Club of Port Dickson Pantai.

Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan peringkat akhir pendakiannya ke puncak Everest apabila sampai ke Kem III pada ketinggian 7,200m kerana cuaca buruk. Ketinggian Everest ialah 8,848 meter. – BERNAMA

Tags: Pendaki Everestwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd