• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Tertua Mula Perjalanan Ke Everest Base Camp

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang mahu menawan Gunung Everest, akan ke Lobuche, Nepal, yang terletak 4,910 meter di atas paras laut, esok dalam perjalanan ke Everest Base Camp.

Lee, 69, dan anggota pasukannya kini berada di Dingboche yang terletak 4,410m atas paras laut, selepas tiba di sana semalam.

“Cuaca agak baik dan kami dapat menikmati sinaran matahari. Saya boleh katakan kami semua berada dalam keadaan baik.

“Esok kami akan bergerak dari Dingboche ke Lobuche, satu laluan yang agak sukar,” katanya dalam rakaman audio yang dihantar ke Bernama, rakan media pendaki tertua negara yang dalam misi sampai ke puncak tertinggi dunia itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Lions Mount Everest Expedition (MEE), Sherine Leong berkata laluan ke Lobuche akan mengambil masa enam jam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Katanya Lee melakukan latihan penyesuaian hari ini sebelum bergerak ke Lobuche.

Selepas Lobuche, Lee dijangka meneruskan perjalanan ke Gorakshep (5,164m) pada 11 April sebelum sampai ke Everest Base Camp (5,380m) pada 12 April.

Lee dan pasukannya sampai ke Kathmandu pada 1 April lepas.

Lima pendaki yang bersamanya adalah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, serta Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin yang masing-masing berusia 32 tahun.

Mereka akan menemani Lee sehingga ke Everest Base Camp sebelum Lee menyambung perjalanannya ke puncak gunung itu dalam ekspedisi yang dianjurkan Lions Club of Port Dickson Pantai.

Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan peringkat akhir pendakiannya ke puncak Gunung Everest apabila sampai ke Kem III pada ketinggian 7,200m kerana cuaca buruk. Ketinggian Gunung Everest ialah 8,848m.- BERNAMA

Tags: Pendaki Everest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zon Maut Di Puncak Everest

29/05/2019
0

KATHMANDU - Kematian mengejut beberapa individu di Gunung Everest pada musim ini menjadi topik hangat yang diperkatakan media sejak minggu...

6 Pendaki Maut Terperangkap Kesesakan Di Everest

25/05/2019
0

NEPAL – Enam pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh seminggu lalu di puncak gunung Everest selepas terperangkap dalam kesesakan barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd