• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penantian 13 Tahun Sheila Berakhir Dengan ‘Boneka’

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Sheila Majid berasa lega penantian 13 tahun untuk tampil dengan album baharu akhirnya terlaksana.

Sheila, 53, berkata, album berjudul Boneka juga adalah hadiah terbesarnya kepada peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu.

“Sebenarnya saya tidak rasa akan tampil dengan album baharu kerana situasi industri sekarang yang tidak menentu.

“Tetapi Alhamdulillah Boneka adalah hadiah saya kepada peminat yang sentiasa bertanya mengenai album baharu saya,” katanya kepada mStar Online.

Sheila ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya itu di Hotel Hilton di sini, Selasa.

Untuk rekod, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Jazz Malaysia ini kali terakhir tampil dengan album solo pada tahun 2004 berjudul Cinta Kita.

Penantian 13 Tahun Sheila Berakhir Dengan ‘Boneka’
Sheila bersama album baharunya. – Foto IZZRAFIQ ALIAS

Bercakap lanjut mengenai Boneka, Sheila berkata, dia mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan album itu kerana ingin memastikan hasilnya dapat meninggalkan kesan dan disukai peminat.

Dedah Sheila, pada awalnya dia ingin memuatkan lima buah lagu namun pertemuannya dengan komposer dan gitaris Indonesia, Tohpati menggubah perancangannya.

“Saya telah mengumpulkan matrerial untuk album ini selama tiga tahun dan perancangan awal hanya ingin melancarkan album ini dengan lima buah lagu sahaja.

“Memang saya dapat banyak lagu daripada pelbagai komposer tetapi kebanyakannya tidak sesuai dengan kehendak saya.

“Bagaimanapun pertemuan dengan Tohpati mengubah segalanya dan akhirnya album ini mempunyai 10 buah lagu,” jelasnya.

Tambahnya selepas pertemuan dengan Tohpati pada tahun lalu proses rakaman menjadi mudah dan hanya mengambil masa sembilan bulan sahaja untuk disiapkan.

Selain komposer Indonesia, album Boneka turut mendapat sentuhan penggubah lagu tempatan seperti Azman Abu Hassan, Kevin Chin, Omar K, Najwa Mahiaddin dan Jenny Chin.

Mengulas mengenai pemilihan Boneka sebagai tajuk albumnya, Sheila berkata, ia simbolik kepada kariernya selama 32 tahun sebagai penghibur yang seperti boneka kepunyaan khalayak sewaktu di pentas.

“Sengaja album ini saya gunakan nama boneka kerana selama ini saya meletakkan diri seperti boneka sewaktu berada di pentas untuk menghiburkan peminat.

“Dengan imej penuh glamor dan selayaknya sebagai seorang penghibur, saya adalah boneka kepunyaan khalayak ketika di pentas.

“Namun hakikatnya saya adalah manusia biasa cuma ruang pekerjaan saya yang ‘high profile’, jadi apa yang dipersembahkan dan ditonton itu hanya boneka,” katanya.

Antara lagu dimuatkan dalam album itu ialah Melukis Dunia, Lebih Dewasa, Ku Nanti, Kasih Abadi, Kasih Kamu dan My All. – mStar Online

Tags: penyanyisheila majid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd