• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penajaan Bola Sepak: MARA Akan Panggil Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tan Sri Annuar Musa dijangka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk berkaitan penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Pengerusi Sementara Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Yusof Yacob berkata siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman Mara berhubung isu itu kini dalam peringkat akhir dan Annuar akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Jawatankuasa ambil sedikit masa kerana perlu buat analisis dengan teliti. Terpulang kepada mereka (bila untuk memanggil Annuar)…tetapi dijangka tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Usahawan MARA negeri di sini malam tadi.

Katanya anggota jawatankuasa audit berkenaan perlu diberikan kebebasan dan masa secukupnya untuk menjalankan siasatan berhubung isu itu untuk memastikan ia dapat dijalankan dengan adil dan saksama.

Pada 31 Januari lepas, MARA menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan Pelaburan Mara Bhd. (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Annuar sebelum ini bagaimanapun menafikan terbabit dalam sebarang salah guna kuasa berhubung keputusan PMB dan UniKL menaja pasukan TRW.

Selain itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dilaporkan telah memanggil sembilan individu termasuk Annuar sendiri bagi memberi keterangan berhubung isu itu pada awal Februari lalu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd