• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Pangsapuri Di Australia: SPRM Panggil 24 Individu

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 24 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah.

Beliau berkata siasatan kali ini berdasarkan maklumat baharu dan mempunyai kaitan dengan pembelian hartanah di Australia yang mana SPRM telah membuka kertas siasatan pada tahun 2015.

“Jadi banyak perkara lagi kita kena buat untuk melihat punca wangnya dan ke mana wang itu dibelanjakan dan siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam menerima wang ini. Siasatan kes ini kita buka di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Azam menghadiri satu mesyuarat operasi di sini, yang turut dihadiri Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias.

Ketika ditanya bila siasatan mengenai kes ini dijangka selesai, Azam berkata siasatan akan mengambil masa.

“Kes terbaru ini akan melibatkan permohonan bantuan guaman daripada pihak Australia. Oleh itu, saya jangka sehingga penghujung tahun ini belum tentu selesai kerana apabila melibatkan pihak di luar negara, pastinya akan mengambil masa,” kata Azam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Sementara itu, SPRM kini dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung sejumlah pemain daripada beberapa pasukan bola sepak di negara ini yang dipercayai mengambil rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan.

“Masih ada seorang lagi pemain dalam tahanan reman kita dan saya jangka minggu hadapan, kertas siasatan akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dipertimbangkan sebarang pertuduhan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd