• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Usah Ganggu Polis Siasat Kes Peter Chong

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC menggesa pemimpin pembangkang supaya tidak cuba masuk campur dalam urusan polis menyiasat kes aktivis antikerajaan Peter Chong yang didakwa hilang.

Ketuanya, C.Sivarraajh berkata, pihaknya turut mengambil berat kes tersebut tetapi polis perlu diberi ruang untuk melakukan siasatan itu secara profesional.

“Meminta terlalu banyak maklumat daripada pihak polis boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan.

“Polis adalah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjalankan siasatan dalam kes penculikan dan orang hilang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Penyokong pembangkang ghairah menularkan cerita sensasi kononnya ada aktivis antikerajaan diculik, namun mangsa berjaya dikesan memasuki Thailand.

Peter Chong yang didakwa hilang angkara konspirasi jahat kerajaan dilihat menyeberangi sempadan dengan menaiki sebuah bas melalui pusat pemeriksaan Bukit Kayu Hitam, Kedah pukul 6.30 pagi pada 7 April lalu.

Dalam pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi Rabu, Peter disahkan berjaya memasuki negara jiran itu sebaik operasi rutin pintu sempadan dibuka secara rasmi jam 6 pagi pada Jumaat minggu lalu.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Peter, pihak kita nampak dia telah seberangi sempadan Thailand pada jam 6.30 pagi 7 April. Kita ada dapat gambar dia. Dia seberangi melalui sempadan Bukit Kayu Hitam menaiki bas.

“Saya tak tahu apa niat, tujuan dia hilangkan diri ke sana dan dilihat seolah-olah dia diculik dan tular,” kata Khalid. – MYNEWSHUB.CC

Tags: C.SivarraajhMICpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd