• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Berusaha Bunuh Karakter PM

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Segala usaha dan percubaan pembangkang memfitnah dan membunuh karakter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Najib lebih istiqamah dan bijaksana.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat kini dapat menilai betapa satu demi satu permasalahan rakyat dan negara yang berjaya diurus dan dibereskan oleh Najib.

“Najib menjadi semakin masak dan bijaksana serta semakin berjaya menguruskan negara.

“Kini dengan petunjuk ekonomi yang semakin positif, Najib kini dalam diam dan penuh kesabaran mempamer kejayaan dan pencapaian lebih baik dari 23 tahun era Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mahathir sejak keluar daripada UMNO bersengkongkol dengan Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu bertindak demikian kerana berdendam dengan UMNO gara-gara keengganan kerajaan memenuhi kepentingan peribadinya yang tidak menguntungkan rakyat.

Annuar dalam pada itu menyelar cubaan pembangkang untuk menjadikan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri sebagai satu polemik.

Menurut beliau, kedudukan Najib dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin sangat akrab dan berada dalam saf yang cukup tersusun.

“Tidak saperti dalam Pakatan Harapan pimpinannya umpama gunting dalam lipatan dan semuanya menjadi lauk politik diktator DAP, Lim Kit Siang,” katanya.

Justeru, katanya, senario politik “order baru” bakal dijelmakan di era Najib dan tidak mustahil Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menjadi igauan buruk buat Pakatan Pro-DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar Musapembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd