• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Jadi Ahli Geng 24 Melalui WhatsApp

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan kongsi gelap yang menggelarkan diri mereka sebagai Geng 24 dikesan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk merekrut ahli baharu terutama pelajar sekolah.

Ia bagi mengembangkan ‘pengaruh’ dan kekuatan mereka. Ini susulan hasil siasatan polis selepas menemui satu akaun kumpulan WhatsApp yang dinamakan Geng 24 dan Apache.

Media tempatan melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan mendapati kewujudan akaun WhatsApp itu untuk berkomunikasi sesama anggota kumpulan.

Modus operandi rahsia tersebut dikhuatiri pihak polis, turut digunakan untuk merekrut ahli dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Baca: Gengster Berpesta Depan Sekolah Dicekup Polis

Khamis lalu, kecoh di media sosial apabila video sekumpulan lelaki yang membuat kekecohan di hadapan sebuah sekolah di Klang, Selangor.

Susulan kejadian itu, polis menahan 38 orang yang dipercayai anggota Geng 24 dan membebaskan 33 orang daripadanya yang merupakan pelajar berusia antara 16 hingga 18 tahun pada Isnin lalu dengan jaminan polis.

Seramai lima individu berusia antara 20 hingga 25 tahun yang msing-masing bekerja sebagai mekanik, pengawal keselamatan, tukang paip dan buruh masih ditahan untuk membantu siasatan.

Polis percaya motif kekecohan di hadapan sekolah itu adalah bertujuan untuk menarik pelajar menganggotai kumpulan berkenaan selain menimbulkan keadaan huru-hara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda atau kedua-dua sekali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gangsterismepelajarwhatsapp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.