• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBAPP Yakin Naik SPA Mampu Kurang Bazirkan Air

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yakin langkah menaikkan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan terhadap pengguna domestik dapat mengurangkan kadar pembaziran air di negeri itu,

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata langkah itu juga dalam usaha pihaknya menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan 25 peratus daripada 504,400 pengguna domestik di negeri ini yang menggunakan air berlebihan.

“SPA diperkenalkan pada 2010 iaitu 24 sen dan kemudian dinaikkan kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 2013 kerana masalah pembaziran air oleh pengguna domestik di negeri ini.

“Selepas kenaikan SPA pada 2013, penggunaan air oleh pengguna domestik dilihat turun sedikit, jadi kami yakin kenaikan kali ini dapat menurunkannya lagi. Ia bukan untuk membebankan pengguna sebaliknya usaha menggalakkan penggunaan air secara bijak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna domestik di negeri ini juga menggunakan air paling banyak iaitu 59.4 peratus berbanding penggunaan air dalam kalangan semua industri termasuk hotel, perusahaan komersial dan peniagaan.

Jaseni berkata PBAPP menanggung subsidi sebanyak RM91 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 286 liter sehari berbanding 250 liter sehari yang ditetapkan.

“Oleh itu kami memerlukan kerjasama dan pembabitan setiap orang untuk menjimatkan air di rumah, kami mahu rakyat negeri ini sedar air adalah sumber bernilai dan perlu digunakan dengan lebih bijak. Objektif utama adalah memulihara air,” katanya.

Beliau berkata PBAPP bimbang berlaku kekurangan air terutama ketika musim kemarau kerana Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam yang dijangka siap penghujung tahun ini memerlukan masa dua tahun untuk penuh.

Sementara itu, Jaseni yang menafikan pihaknya mengenakan SPA kepada rumah kebajikan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini, berkata: “Mereka tidak dikenakan caj itu malah hanya membayar harga domestik”.

Beliau berkata PBAPP juga tidak mengenakan SPA kepada 985 keluarga yang mempunyai lapan atau lebih anggota keluarga tinggal dalam sebuah rumah. – BERNAMA

Tags: Datuk Jaseni MaidinsaPBAPPSPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Tidak Tentukan Bahan Bacaan Di Universiti

Next Post

KTMB Timbang Tamatkan Khidmat Kargo Tertentu

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang

PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang

27/02/2024
0

GEORGETOWN: Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang yang diadakan hari ini dan esok, menyasarkan hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan...

Next Post

KTMB Timbang Tamatkan Khidmat Kargo Tertentu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd