• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang

oleh Mohd Arshad
27/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang yang diadakan hari ini dan esok, menyasarkan hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan air (KTA) di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, dekat sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K Pathmanathan, berkata operasi itu akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta dikendalikan pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, dalam tempoh 1 Februari lalui hingga hari ini, pihaknya hanya merekodkan taburan hujan masing-masing 45 milimeter (mm) di KTA Empangan Air Itam dan 71.5mm di KTA Teluk Bahang.

“Paras air di Empangan Air Itam menyusut sebanyak 31.9 peratus kepada 37 peratus hari ini berbanding 68.9 peratus pada 1 Januari lalu, manakala kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang ketika ini 79.6 peratus berbanding 95.4 peratus dalam tempoh sama.

“Oleh itu, sebarang jumlah hujan akan berguna kerana kami berusaha untuk mempertahankan rizab air mentah empangan ini sehingga musim hujan akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pathmanathan berkata, berdasarkan pemberitahuan rasmi daripada Badan Kawal Selia Bekalan Air Pulau Pinang (BKSA) penjadualan dan pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri tersebut tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan.

Tahun lalu, katanya, operasi pembenihan awan yang dijalankan secara berturut-turut pada Mei dan Jun menyumbang kepada sejumlah 30.5mm hujan di Empangan Air Itam sekali gus membantu memastikan tiada krisis air.

“Justeru, kami berterima kasih kepada NADMA, TUDM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri atas maklum balas pantas mereka terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat awal bulan ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penyusutan paras air Empangan Air Itam agak membimbangkan dengan ia dijangka dapat bertahan dalam tempoh 32 hari.

Dalam pada itu, Pathmanathan berkata, setakat hari ini, paras sungai Sungai Muda ialah 2.23 meter dengan PBAPP sedang mengekstrak air mentah dari sungai berkenaan untuk menyokong pengeluaran air optimum di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

“Sementara itu, kapasiti Empangan Muda dan Empangan Beris yang melepaskan air ke Sungai Muda dilaporkan masing-masing berada pada kapasiti 63.2 peratus dan 100 peratus,” katanya.

BHonline-

Tags: empangan airPBAPPPembenihan AwanPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd