• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS P.Pinang Usul Putus Hubungan Dengan PKR

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 Kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

“13 Kawasan PAS sudah bermesyuarat dan masing-masing sebulat suara mengusulkan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya PAS Pulau Pinang menilai segala tindakan yang telah dilakukan sepanjang PAS bersama dengan PKR,” katanya kepada pemberita selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-37 di Mengkuang Titi di sini hari ini.

Beliau berkata usul tersebut akan dihantar ke PAS pusat dan jawatankuasa penapisan usul serta pihaknya berharap ia akan diterima untuk dibahaskan pada muktamar nanti. – BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd