• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Enggan Tinggal Kerajaan Selangor Dek Nikmat Dunia

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pimpinan PAS enggan keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor walaupun telah memutuskan kerjasama dengan PKR kerana takut hilang gaji berpuluh ringgit sebulan daripada kerajaan Selangor.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat turut membayangkan pimpinan PAS takut akan kehilangan kuasa dan segala kemudahan duniawi yang mereka nikmati daripada kerajaan Selangor selama ini.

“Seperti yang dijangka. Hampir mustahil PAS keluar daripada kerajaan Selangor waktu ini. Sudah ada kuasa, ada kemudahan, gaji berpuluh ribu. Tiba-tiba nak keluar? Teori bolehlah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau mengulas pengumumam PAS bahawa parti itu tidak akan keluar meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana kerajaan yang terbentuk itu adalah hasil pencapaian bersama tiga parti pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor tiada kaitan dengan usul yang dibuat PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Kata beliau, itu daripada sudut hubungan umum antara PAS dan PKR tetapi untuk kerajaan negeri itu adalah hak milik bersama.

“Kenapa perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor? Itu hak kita, rumah kita kenapa nak bagi kepada orang. Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali mahu PAS kekal kerana sedar bahawa dia takkan menyandang jawatan Menteri Besar tanpa PAS.

“PKR tidak boleh bercakap dengan nada yang sombong kerana PRU akan datang sangat jauh berbeza dengan PRU lepas,” kata Mohd. Khairuddin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd