• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN: Tidak Bertamadun, Cemari Imej Islam!

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Islam tidak menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun atas nama perjuangan agama,” kata Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan.

Menurut beliau, Islam merupakan agama ramah-tamah dan bukan `agama marah-marah’ hingga mencemarkan identiti agama Islam yang suci.

Kata beliau, Islam sangat menitikberatkan tentang akhlak yang bukan hanya daripada sudut luaran tetapi dalam bentuk tindakan terutama percakapan.

“Islam melarang penganutnya untuk mencemuh, merendah-rendahkan dan memberi gelaran kepada orang atau kumpulan lain.

“Islam adalah agama yang memberi rahmat untuk semua tanpa membezakan mana-mana pihak termasuklah musuh itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu bagi membidas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan DAP sebagai `butir tahi’ parti PAP di Singapura.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengingatkan seluruh umat Islam negara ini bahawa DAP pada asalnya adalah parti PAP dari Singapura sebelum Singapura keluar daripada Malaysia.

“Berakhlaklah kita kepada semua sepertimana didikan Al-Quran dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W,” kata Mohd. Sany. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Sany HamzanPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAN Turut Tolak Iktiraf ICERD

13/11/2018
0

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)...

PAN Harap Pimpinan Baharu Ulama Sebar Islam Sahih

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr Ahmad Abd. Salam Al Rausuni sebagai Ketua Kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd