• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Saran PAS Cuma Tanding Di Kelantan, Terengganu

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS cuma bertanding di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, PAS wajar mengambil langkah tersebut berdasarkan hasil kajian Invoke Malaysia iaitu sebuah badan yang diasaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendapati PAS adalah sebuah parti yang ditolak oleh majoriti rakyat.

“Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Rafizi, PAS akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.

“Dalam PRU14 lebih baik PAS fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah kedua-duanya. Negeri lain serah kepada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pembentangan hasil kajian oleh organisasinya sendiri tersebut berkata, kaji selidik itu mendapati PAN akan mengatasi PAS dalam PRU14.

Sebilangan pihak bagaimanapun berpandangan hasil kajian itu kurang meyakinkan kerana ia dilaksanakan oleh sebuah entiti yang berkecendurangan memenangkan Pakatan Harapan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Annuar Nafi Terlibat Proses Rundingan UniKL, PMB, TRW

Next Post

Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd