• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rampas Kedudukan Teratas Liga Super

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pahang merampas kedudukan teratas Liga Super dari Kedah setelah menang 2-1 ke atas Kelantan pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Walaupun Pahang dan Kedah terikat 19 mata selepas beraksi sembilan perlawanan setakat ini, Pahang berada di persada liga menerusi perbezaan gol.

Pada aksi di Kota Bharu, penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-16 sebelum Pahang bangkit pada babak kedua.

Pelawat menyamakan kedudukan menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 sebelum Matheus Alves Leandro, menambah jaringan selang dua minit kemudian.

Kedah pula gagal meneruskan momentum kemenangan di laman sendiri setelah seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Penyerang import dari Argentina, Lucas Sebastian Espindola mengejutkan skuad Lang Merah menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-28 sebelum Zachary Michael Anderson menyelamatkan maruah tuan rumah menerusi gol penyamaan, selang enam minit kemudian.

Selangor pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga liga setelah menang 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Skuad Gergasi Merah selesa mendahului 2-0 pada babak awal perlawanan menerusi jaringan Victor Astafei pada minit ke-22 dan Francis Forkey Doe (m49) sebelum Mateo Roskam mengurangkan defisit untuk Sarawak pada minit ke-83.

Dalam pada itu, Perak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol Perak dijaringkan Yashir Pinto pada minit ke-12 dan sepakan penalti Abdul Hadi Yahya pada masa kecederaan babak kedua manakala dua jaringan pelawat disumbangkan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-48 dan Muhammad Fakhrurazi Musa (m71). – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd