• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari 2 Nelayan Hilang Diteruskan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua nelayan dikhuatiri lemas, selepas bot yang dinaiki mereka gagal dikesan sehingga hari ini, selepas keluar ke laut pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata kejadian kehilangan bot dinaiki Johari Abu Bakar, 47, dan Rizalman Baba, 42, itu dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 5.17 petang semalam.

Katanya kedua-dua mangsa berlepas ke laut melalui jeti Kesang Laut, Tangkak, dekat sini.

Sejurus menerima laporan, gerakan mencari dan menyelamat telah diaktifkan membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, BBP Muar, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Persatuan Nelayan Kuala Kesang, Polis Marin Muar dan Polis Tangkak.

Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada sebelah malam berikutan angin kencang dan ombak kuat.

“Hari ini, operasi disambung lagi pada pukul 8.03 pagi dengan melibatkan 28 anggota bomba, 12 anggota APMM, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 10 anggota polis.

“Kawasan tumpuan adalah di kawasan pesisiran pantai Sungai Kesang sehingga ke Kuala Sebatu,” katanya yang dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: botlemasNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd