• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Negara Lain Hukum Mati Penjawat Awam Rasuah”

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Amanah Negara (PAN) tidak bersetuju penjawat awam yang terlibat dalam rasuah ditukarkan ke kementerian lain.

Ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, penjawat awam yang didapati terlibat dalam kes rasuah sepatutnya disingkirkan terus daripada perkhidmatan awam dan dipenjarakan.

Beliau malah mengingatkan seluruh rakyat negara ini bahawa sesetengah negara lain mengenakan hukuman mati ke atas penjawat awam yang didapati salah terlibat dalam rasuah.

“Sewajarnya, jika golongan yang terlibat dengan rasuah ini adalah dari Kementerian Pertahahan, hukuman lebih keras patut dijatuhkan terhadap pesalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 24 Februari lalu meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian melulu berhubung penahanan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan seorang Staf Sarjan kerana disyaki terlibat rasuah.

Beliau berkata prosedur undang-undang sedia ada perlu dijalankan seperti biasa dalam menangani kes berkenaan dan ia tidak perlu dikaitkan dengan kes-kes lain.

Pada Khamis, pegawai tentera berumur 57 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh, Pahang kerana didakwa menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd