• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Rosmah Hadiri Majlis Kahwin Anak Menteri KKMM

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau, yang tiba di sini tengah hari tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-30 di Manila, tiba di kediaman Salleh di Kampung Likas di sini kira-kira pukul 8.30 malam dan disambut oleh Salleh dan isteri Datin Seri Raya Erom.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menepung tawar pasangan mempelai Syazeera Salleh, 27, dan suaminya, Mohd Syafiee Izuddin Mohd Hanan, 28.

Turut menepung tawar ialah Musa dan isterinya serta Speaker Dewan Rakyat ,Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isterinya, Puan Sri Hadijah Teng Abdullah.

Pelakon Datuk Hans Isaac dan Vanidah Imran mengacarakan majlis tersebut yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Saleem, Dayang Nurfaizah dan penyanyi terkenal tempatan Jimmy Palikat serta juara Bintang RTM 2016, Rosario.

Syazeera, seorang pereka hiasan dalaman, merupakan anak kedua daripada empat beradik, manakala Mohd Syafiee, seorang jurutera merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh Salleh dalam majlis tertutup pada malam 28 April lepas. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorDatuk Seri Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd