• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ke Jaipur Teroka Peluang Pelaburan

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAIPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Rajasthan hari ini untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek infrastruktur di India dan meneroka peluang pelaburan.

Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, perdana menteri tiba di Jaipur pada 11.23 pagi dari New Delhi, selepas mengadakan pertemuan yang berhasil bersama rakan sejawatan beliau, Narendra Modi, pada Sabtu.

Delegasi beliau turut dianggotai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam lawatan ringkas itu, Najib bertemu Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia di Taj Rambagh, yang sebelum ini merupakan istana Maharaja Jaipur.

Beliau kemudian menghadiri perbincangan peringkat tertinggi berhubung pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur dan peluang pelaburan di negeri itu.

Difahamkan syarikat dari Malaysia membida bagi beberapa projek lebuh raya di Rajasthan, negeri terbesar di India dan bersempadan dengan Pakistan.

Dalam sidang akhbar bersama Najib di New Delhi semalam, Modi mempelawa syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan yang luas, termasuk cadangan India untuk mewujudkan 100 bandar raya pintar dan pelbagai projek infrastruktur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd